Penganjur parti bebola api dipenjara

Penganjur parti bebola api dipenjara

TAIPEI, 26 April – Penganjur sebuah pesta yang menyaksikan bebola api memusnahkan taman air Taiwan, meragut 15 jiwa dan beratus lagi cedera, dipenjarakan selama hampir lima tahun hari ini ketika mahkamah memetik ‘penderitaan berpanjangan’ terhadap kematian tersebut.

Lu Chung-chi, pemilik bagi Colour Play Asia, adalah dalang kejadian di mana tepung kanji jagung berwarna disemburkan ke atas sekitar 1,000 orang yang sedang bertemasya marak akibat kepanasan cahaya pentas pada Jun lalu, yang meragut jiwa mereka.

Hampir 500 orang cedera dalam letupan di Formosa Fun Coast, lebih dari 200 daripada mereka cedera serius. Rakaman video yang mengerikan menunjukkan mereka yang bertemasya – kebanyakannya berusia di antara 18 dan 25 – menjerit ketika mereka cuba melarikan diri dari api yang marak tersebut.

Sebahagiannya mengalami luka melecur 90 peratus, dalam sebahagian kes membawa kepada pemotongan. Satu-satunya kulit yang tidak melecur ke atas tubuh mangsa yang selamat adalah bahagian tertutup dengan pakaian renang.

Walaupun kesemuanya sudah dikeluarkan dari hospital, kebanyakan masih lagi melalui rawatan pemulihan yang menyakitkan dan pembedahan.

Lu, yang tidak berada di mahkamah, didapati bersalah bagi pengabaian menyebabkan kematian di mahkamah daerah Shihlin, Taipei ketika keluarga mangsa berhimpun di luar dengan mempamerkan pemidang meminta bagi keadilan.

Kenyataan dari mahkamah selepas keterangan yang memberikan penghormatan kepada mangsa muda dalam tragedi itu – dan mendedahkan seorang ayah yang merasa kehilangan membunuh diri dalam keadaan sedih.

“Kebanyakan mangsa masih muda dan kehidupan menarik mereka baru bermula. Mereka memiliki impian yang menarik untuk direalisasikan,” katanya.

“Kerana letupan itu, 15 daripada mereka maut dan kebanyakan mangsa yang selamat mengalami kesakitan fizikal besar dan emosi dan terseksa.

“Keluarga mangsa tiba-tiba kehilangan ahli keluarga mereka dan mengalami kesakitan yang tidak dapat ditebus dan tidak dapat ditahan dan kesal,” tambahnya.

Kenyataan berkata seorang ayah mangsa dengan nama keluarga Wang telah membunuh diri. “Kesemua ini sudah cukup untuk menunjukkan penyeksaan serius dilakukan dengan kesalahan defendan,” katanya. –AFP

ARTIKEL YANG SAMA