Penganjuran APEC banyak manfaat untuk Filipina

Penganjuran APEC banyak manfaat untuk Filipina

MANILA, 24 Ogos (Agensi) – Penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun ini akan membawa banyak faedah ekonomi untuk Filipina dalam jangka panjang, menurut Majlis Penganjuran Negara APEC 2015, dalam satu temu bual.

Ketua Pengarah majlis itu, Marciano A. Paynor Jr memberitahu Televisyen China CCTV bahawa dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, perniagaan Filipina dengan anggota ekonomi APEC telah meningkat 8 peratus setahun.

Pertumbuhan 8 peratus adalah sebab yang amat kukuh kenapa Filipina mesti terus menjadi anggota APEC, menurut Paynor.

Jumlah penduduk 21 anggota ekonomi APEC adalah lebih 40 peratus daripada jumlah penduduk global, menjadikannya blok perniagaan satu penjana besar dalam pertumbuhan serantau.

Beliau berkata tatkala negara bersedia untuk menganjur sidang kemuncak pada tahun ini, ia telah melancarkan beberapa projek infrastruktur, walaupun ada di antaranya mempunyai kaitan dengan APEC.

Logo Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.
Logo Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.

Pada keseluruhannya, projek adalah sebahagian daripada pelan kerajaan, dengan atau tanpa APEC, kata beliau, mendapati mana-mana kerja pembinaan di mana-mana negara adalah untuk merangsang ekonomi.

Bagaimanapun, rakyat mesti bersabar disebabkan kerja-kerja pembinaan menimbulkan masalah seperti kesibukan lalu lintas, jelas Paynor, menambah sebaik sahaja pembinaan selesai, rakyat boleh menikmati sistem pengangkutan yang lebih baik, jalan raya dan jambatan seperti ekonomi lain dalam APEC.

Filipina, dalam menganjur Sidang Kemuncak APEC 2015, telah mengagih mesyuarat APEC di wilayah berlainan negara untuk mendedahkan mereka kepada pelabur dan pelancong yang mahu menyimpan wang atau berkunjung ke Filipina, kata Paynor.

Dalam kes Cebu, yang menganjur mesyuarat APEC pada bulan ini, ia mungkin memperoleh banyak faedah untuk sektor perniagaan dan pelancongannya.

Kerajaan wilayah Cebu, dalam gabungan bersama syarikat telekomunikasi tempatan, telah mengeluarkan aplikasi perjalanan terkini Panduan Cebu untuk wakil yang menghadiri mesyuarat APEC di wilayah itu.

ARTIKEL YANG SAMA