Penganugerahan pelajar cemerlang SM Sayyidina Ali

Penganugerahan pelajar cemerlang SM Sayyidina Ali

Oleh Anwar Rosly

Gambar Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 16 Mac – Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) hari ini mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar mereka yang bertempat di Dewan Serba guna sekolah tersebut.

Acara tahunan tersebut adalah sebagai pengiktirafan dan ganjaran kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan ‘O’ dan ‘A’ Level serta dapat menyuntik inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain untuk menempuh peperiksaan yang mendatang.

Majlis bermula dengan bacaan surah oleh Awang Mohd Nur Saiful Rizal Yahya, diikuti dengan ucapan daripada guru sekolah tersebut Pengiran Hajah Zeiniun binti Pengiran Mudin yang berkata bahawa penglibatan daripada guru-guru dan ibu bapa pelajar telah berjaya berhasil dalam membimbing mereka untuk mencapai kejayaan.

Gambar ramai pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bersama guru-guru SMSA.
Gambar ramai pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bersama guru-guru SMSA.
Antara pelajar yang menerima sijil Anugerah Pelajar Terbaik.
Antara pelajar yang menerima sijil Anugerah Pelajar Terbaik.

Pengiran Hajah Zeiniun juga mengatakan sekolah tersebut telah mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam pencapaian Peperiksaan ‘A’ Level, iaitu sebanyak 54.2 peratus dan beliau memuji peningkatan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 3 A berbanding pada tahun 2014.

“Pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk memastikan peningkatan pelajar dalam kecemerlangan akademik dalam kedua-dua peperiksaan peringkat ‘O’ dan ‘A’ Level.

“Kami berharap agar segala usaha yang dilaburkan oleh pihak sekolah akan membuahkan hasil akhirnya, mencapai sasaran sekolah khususnya dan Kementerian Pendidikan amnya,” jelasnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA