Penganugerahan pelajar terbaik Tinkerbell

Penganugerahan pelajar terbaik Tinkerbell

BARU-BARU ini Tinkerbell Learning School telah mengadakan Majlis Tamat Pengajian dan Penganugerahan ke-14 di Bangunan Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan majlis berkenaan ialah Setiausaha Kedua dan Konsulat Kedutaan Republik Filipina di Negara Brunei Darussalam, Melvin C. Almonguera. Beliau diiringi oleh Presiden Tinkerbell Learning School, John Robert Bartholomew; pengetua sekolah, Dayang Iidil Rahmah binti Abdullah; pengarah-pengarah sekolah, para guru dan ibu bapa pelajar.

Dalam majlis itu, Dayang Iidil Rahmah, terlebih dahulu memberikan ucapan alu-aluan beliau, di mana beliau menekankan bahawa struktur pembelajaran merangkumi pengetahuan dalam subjek-subjek dan disiplin-disiplin yang dikenal pasti serta dititikberatkan oleh para tenaga profesional untuk memperkembangkan asas pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dalam diri seseorang kanak-kanak itu.

Beliau juga menambah bahawa pengembaraan pembelajaran perlu menjadi pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dengan mencari cara-cara yang menarik untuk disalurkan dalam kurikulum kanak-kanak. Majlis itu diikuti dengan penyampaian piala-piala, pingat-pingat dan sijil-sijil bagi para pelajar terbaik Tahun 6 dan Kingdergarten 3 oleh Presiden Tinkerbell Learning School, John Robert Bartholomew.

Persembahan nyanyian oleh para pelajar kindergarten.
Persembahan nyanyian oleh para pelajar kindergarten.
Presiden Tinkerbell Learning School, John Robert Bartholomew menyampaikan sebuah piala kepada seorang pelajar Tinkerbell Learning School.
Presiden Tinkerbell Learning School, John Robert Bartholomew menyampaikan sebuah piala kepada seorang pelajar Tinkerbell Learning School.

Sementara itu, 97 orang pelajar Tahun 6 dan Kingdergarten 3 telah menerima sijil-sijil tamat pengajian bagi pendidikan rendah dan pra sekolah. Ketika majlis itu, Awang Aazriz Wildan bin Mohd Adree dari Kindergarten 3 membuat para hadirin teruja dengan ucapannya, manakala Dayang Nur Haziqah Fatin pula menyampaikan suara para graduan.

Di akhir majlis tersebut, para pelajar tamat pengajian menyanyikan beberapa buah lagi tamat pengajian mereka, lagu-lagu yang berjudul Semangat yang Indah dan Todat my life begins. Ia kemudian diikuti dengan penyampaian piala-piala, pingat-pingat dan sijil-sijil kepada para pelajar terbaik dari Kindergarten 1 hingga Tahun 6 yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dan presiden sekolah.