Pengarah BTP yang hilang dikesan di S’wak

Pengarah BTP yang hilang dikesan di S’wak

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) – Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid yang dilaporkan hilang sejak 30 April lepas dikesan berada di Miri, Sarawak.

Perkara itu disahkan anaknya Zaheera Zaidi melalui catatan status terbaru Facebooknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah beliau berjaya dikesan di Miri, Sarawak dan berada keadaan stabil. Kemudian saya akan kemas kini jika ada maklumat.

“Saya pun belum dapat butiran cerita sebenar…terima kasih jasa baik kawan-kawan bantu saya kongsi di Facebook,” katanya.

Sebelum ini, Zaidi dilaporkan telah keluar dari rumahnya pada 30 April lepas di Seksyen 4, Bangi pada pukul 6 petang.

Keluarga Zaidi yang gagal menghubunginya kemudian membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, semalam.