Pengarah kewangan FIFA dipecat

Pengarah kewangan FIFA dipecat

GENEVA, 24 Mei (AP) – FIFA hari ini membuat keputusan untuk memecat pengarah kewangannya yang telah berkhidmat sejak 13 tahun lalu sekali gus menghapuskan satu lagi individu kepimpinan era Sepp Blatter dalam usaha memulihkan reputasi badan induk bola sepak dunia itu.

Pemecatan Markus Kattner yang dibuat semalam hadir selepas beberapa bulan dia terus menjalankan tanggungjawab penting membersihkan badan induk yang sedang berantakan itu.

FIFA berkata Kattner dipecat selepas siasatan dalaman mendapati dia menyalah gunakan kuasanya di organisasi terbabit ‘yang berkaitan dengan kontrak pekerjaannya’.

Pegawai dari Jerman berusia 45 tahun itu membuat pembayaran kontrak jutaan ringgit sepanjang tempoh enam tahun bermula 2008-2014, menurut sumber daripada FIFA, semalam.

Malah, ada pembayaran yang boleh dikaitkan dengan bekas presiden sebelum ini Blatter dan setiausaha agung Jerome Valcke, bos Kattner sepanjang tempoh terbabit.

“Kami tidak faham mengapa pembayaran ini dibuat,” kata sumber itu yang enggan namanya didedahkan kerana butiran siasatan itu adalah sulit.

ARTIKEL YANG SAMA