Pengarah polis Chile letak jawatan

SANTIAGO DE CHILE, 13 Mac – Sehari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Chile, Sebastian Pinera semalam menerima surat peletakan jawatan ketua pasukan polis negara itu dikenali sebagai Carabiners, Bruno Villalobos, yang telah dikritik hebat kerana terlibat dalam dua skandal rasuah besar.

Kedudukan Villalobos umpama telur di hujung tanduk selepas pendedahan skandal penipuan mega membabitkan jutaan dolar oleh polis kebangsaan dan kegagalan Operasi Hurikan terhadap anggota komuniti Mapuche yang didakwa bertanggungjawab melakukan keganasan.

Peletakan jawatan beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan selepas mencatat rekod berprofil tinggi berkaitan pemilikan kekayaan secara haram bernilai kira-kira AS$$50 juta, yang dilakukan oleh kira-kira 70 pegawai kanan polis dan orang awam.

Selain itu, beliau telah dikritik hebat oleh Carabiners dalam Operasi Hurikan, yang berakhir dengan tindakan saman terhadap institusi tersebut kerana mengemukakan bukti palsu untuk mendakwa pemimpin Mapuche. – Bernama