Pengarah video muzik terkenal K-Pop didakwa

Pengarah video muzik terkenal K-Pop didakwa

SEOUL, 27 Nov – Pengarah video muzik K-Pop terkenal hari ini didakwa sebagai sebahagian dari skandal rasuah yang menggegarkan Korea Selatan dan yang menyelubungi Presiden Park Geun-Hye.

Cha Eun-Taek, yang telah bekerjasama dengan bintang Gangnam Style, Psy dan bintang-bintang besar kumpulan muzik, Big Bang, telah menggunakan hubungannya dengan penasihat rahsia Park untuk meraih projek menguntungkan dari agensi-agensi kerajaan dan firma swasta, menurut pihak pendakwa.

Penasihat itu , Choi Soon-Sil telah dilabel sebagai orang berpengaruh Park, yang membayangi yang dipercayai menggunakan hubungan rapatnya dengan presiden untuk mendapatkan lebih AS$60 juta dari firma-firma tinggi, termasuklah Samsung.

Pihak pendakwa berkata Park sendiri telah mengarahkan bekas penasihat ekonominya untuk membantu Cha memberi tekanan ke atas para pegawai dan firma swasta supaya dia boleh mendapat kontrak.

Cha, 46 tahun didakwa menyalahgunakan kuasa, memaksa, dan menggelapkan wang dan menjadi orang awam terakhir terlibat dalam skandal ini.

Choi, 60 tahun, dituduh campur tangan dalam banyak hal ehwal kerajaan termasuklah persediaan negara bagi Olimpik Musim Sejuk 2018.

Pihak pendakwa pada minggu lalu mendakwanya menyalahgunakan kuasa dan memaksa, dengan mengatakan Park adalah pesalah bersama yang berpakat dengan Choi untuk memaksa firma-firma terkemuka supaya memberi wang tunai kepada yaysan bukan untung yang dikawal Choi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA