Pengaruh OPEC masih mantap

Pengaruh OPEC masih mantap

VIENNA, 7 Jun (AFP) – Pengumuman Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bahawa ia tidak mengubah tahap pengeluaran minyak mentah sekali lagi, meskipun kejatuhan dalam harga minyak mencerminkan pengaruh minyak syal Amerika Syarikat yang meningkat tetapi penganalisis berkata kartel tersebut masih merupakan pemain yang berpengaruh.

OPEC mengubah strategi pengeluarannya pada November bertujuan mengurangkan harga dan menjejaskan pengeluar minyak syal AS, yang perlu menaikkan harga untuk menjadikan operasi mereka menguntungkan.

Pertubuhan itu meninggalkan peranan tradisionalnya dalam menyokong harga yang lebih tinggi untuk merangsang pendapatan, dan sebaliknya meninggalkan had maksimum pengeluarannya tidak berubah pada 30 juta tong sehari – meskipun kejatuhan pasaran minyak dan kemelesetan bekalan global yang disebabkan sebahagiannya oleh minyak syal AS.

Dasar tersebut dilanjutkan pada Jumaat lalu apabila kartel pengeluar dari Afrika, Latin Amerika dan Timur Tengah memutuskan untuk meninggalkan paip dibuka, sekali gus mencetuskan soalan daripada beberapa pihak mengenai pengaruh yang semakin meningkat mengenai minyak syal AS di pasaran minyak.

Pemandangan ketika pembukaan mesyuarat tergempar OPEC ke-167 di ibu pejabat OPEC di Vienna. Gambar dirakam pada 5 Jun 2015. – AFP
Pemandangan ketika pembukaan mesyuarat tergempar OPEC ke-167 di ibu pejabat OPEC di Vienna. Gambar dirakam pada 5 Jun 2015. – AFP

Dua belas anggota OPEC mengepam satu pertiga daripada minyak mentah dunia.

“Anggota OPEC terus memainkan peranan utama dalam keadaan pasaran minyak sekarang,” kata penganalisis tenaga senior Myrto Sokou di firma pembrokeran Sucden di London.

“Kami tidak semestinya berkata bahawa OPEC sedang kehilangan pengaruh harga ke atas harga minyak berbanding pengeluaran minyak syal AS. OPEC masih mempunyai pengaruh besar ke atas harga minyak mentah sekarang.

ARTIKEL YANG SAMA