Pengaruh positif rakan bentuk sikap baik

Pengaruh positif rakan bentuk sikap baik

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 9 Mei – Seramai 67 murid Tahun 4 dari sekolah-sekolah rendah Kluster 5, telah menyertai Bengkel Pembimbing Rakan Muda (PRM) anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Keriam, Tutong, hari ini.

Bengkel dua hari yang berakhir hari ini telah disampaikan oleh fasilitator yang terdiri daripada Pemimpin Pembimbing Rakan Muda (PPRM).

Pelbagai aktiviti dan taklimat berkaitan PRM yang disertai murid-murid berkenaan termasuklah taklimat mengenai PRM, tanggungjawab terhadap keluarga, rakan sebaya, komunikasi berkesan, asas kepimpinan, permainan ‘pick tomato’, reka cipta, ‘jambatan kasih’, ‘tak mahu bertanya sesat jalan’, dan sebagainya.

Pegawai Pelajaran dari unit jabatan tersebut, Dayang Norajrina binti Haji Jahri ketika ditemu bual menjelaskan bahawa PRM ini merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu pelajar-pelajar sekolah rendah untuk berkembang secara positif.

Murid-murid secara berkumpulan menyertai aktiviti yang dijalankan turut menerima cenderahati.
Murid-murid secara berkumpulan menyertai aktiviti yang dijalankan turut menerima cenderahati.
Antara murid Tahun 4 dari Sekolah-sekolah Rendah Kluster 5, menyertai Bengkel Pembimbing Rakan Muda (PRM), di Dewan Sekolah Rendah Keriam.
Antara murid Tahun 4 dari Sekolah-sekolah Rendah Kluster 5, menyertai Bengkel Pembimbing Rakan Muda (PRM), di Dewan Sekolah Rendah Keriam.

Selain itu, dengan adanya bengkel ini, ia juga dapat mempengaruhi rakan secara positif serta membantu pelajar membentuk kelakuan yang baik.

Antara lain tujuannya adalah untuk mendukung Hasrat SPN 21, melatih murid-murid bekerja secara berkumpulan, memantapkan diri pelajar agar mereka mempunyai sahsiah dan asas kepimpinan yang baik di samping melahirkan murid-murid mempunyai jati diri yang unggul.

ARTIKEL YANG SAMA