Pengasas Fesyen Islam kongsi pengetahuan

Pengasas Fesyen Islam kongsi pengetahuan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Sebagai sebahagian daripada modul Prinsip Pengurusan, Pembentangan Perniagaan dan Kemahiran Komunikasi serta Pengurusan Strategik mereka, pelajar Ijazah Tahun 1, 3 dan 4 dari Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FBMS), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan Sesi Ceramah dan Perkongsian yang berlangsung di Dewan Jubli, UNISSA, hari ini.

Sesi berkenaan mengetengahkan Pensyarah Undangan, Pengasas Fesyen Brunei Islamic Fashion Designer (BIFASH), Dayang Mia Suria yang mengongsikan pengetahuannya dalam sesi dialog selama 60 minit serta sesi soal jawab selama 30 minit bagi menambah pandangan intelektual dialog keusahawanan mereka.

Objektif utama sesi ceramah ini adalah bagi menggalakkan pensyarah undangan untuk berkongsi pengetahuan, idea dan pengalaman berkaitan dengan pembangunan dan pendedahan perniagaan usahawan Fesyen Islam di Brunei yang berkaitan dengan setiap modul pelajar FBMS.

Para pelajar yang hadir pada Sesi Ceramah dan Perkongsian berkenaan.
Para pelajar yang hadir pada Sesi Ceramah dan Perkongsian berkenaan.
Dayang Mia Suria ketika berkongsi pengetahuan dalam bidang usahawan di UNISSA.
Dayang Mia Suria ketika berkongsi pengetahuan dalam bidang usahawan di UNISSA.

Ia diharap dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan maklumat lanjut serta motivasi kepada mereka untuk menjadi usahawan berjaya pada masa akan datang daripada segi kepentingan kualiti yang bijak dalam pendekatan gaya pengurusan dan kepimpinan.

Sesi diakhiri dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Dayang Mia Suria oleh Pensyarah dari FBMS, Dr. Hajah Mona Yati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd Kassim.

ARTIKEL YANG SAMA