Pengawal keselamatan bunuh wanita Jepun ditangkap

Pengawal keselamatan bunuh wanita Jepun ditangkap

JAKARTA, 13 Sept (AFP) – Polis Indonesia telah memberkas seorang lelaki yang disyaki merompak dan mencekik sehingga mati seorang wanita Jepun di pangsapurinya di Jakarta.

Wanita yang dikenal pasti sebagai Yoshimi Nishimura, 28, ditemui mati dengan tanda-tanda cekik di lehernya di bangunan pangsapuri Casa Grande di selatan Jakarta pada Isnin, beritahu ketua polis ibu negara Tito Karnavian kepada wartawan.

“Pastinya berlaku pergelutan tetapi mangsa dicekik dan dipukul sehingga mati selepas itu,” kata beliau.

Polis menahan pengawal keselamatan bangunan pangsapuri, Mursalim, 25, yang seperti kebanyakan warga Indonesia menggunakan satu nama, dan yang telah melarikan diri ke Sumatera.

Gambar diambil pada 11 September menunjukkan polis daripada unit jenayah Indonesia mengiringi Mursalim (dua kiri), 25, suspek pembunuhan wanita Jepun sebelum persidangan media di ibu pejabat polis. Mursalim, pengawal keselamatan disyaki merompak dan mencekik seorang wanita Jepun Yoshimi Nishimura sehingga mati di apartmennya. – AFP

Menurut kenyataan polis yang dikeluarkan pada Jumaat, tersangka telah menyekat kunci pintu ke pangsapuri Nishimura dengan menyumbatnya dengan kertas dan seterusnya menuntut dia menyerahkan barang-barang kepunyaannya selepas dia membantu wanita itu membuka pintu.

“Motif utamanya adalah mengambil barang kepunyaan mangsa,” dakwa Karnavian, menambah barangan yang dirampas termasuk wang dan telefon bimbit. Dia memerhati wanita itu tinggal sendirian yang menjadikannya lebih senang untuk merompaknya,” tambah beliau.

Mursalim mungkin menghadapi hukuman mati sekiranya didapati bersalah merancang pembunuhan.

ARTIKEL YANG SAMA