Pengawal pantai China sembur air kepada pembantah

Pengawal pantai China sembur air kepada pembantah

MANILA, 13 Jun (AFP) – Para pembantah Filipina hari ini berkata kapal pengawal pantai China telah menyekat dan menyembur mereka dengan air ketika mereka belayar menuju beting Laut China Selatan yang dipertikaikan untuk meletakkan bendera Filipina sempena Hari Kemerdekaan. China menuntut kebanyakan lautan strategik dan kaya dengan hasil sumber itu dan telah mengawal Beting Scarborough, 230 kilometer dari perairan pulau utama Filipina, Luzon sejak pertikaian 2011 dengan Tentera Laut Filipina.

Kumpulan Kalayaan Atin Ito (Kebebasan Ini adalah Milik Kami) mengatakan 16 dari anggotanya tiba berhampiran beting itu awal semalam, Hari Kemerdekaan Filipina dan bot mereka segera disekat oleh dua buah kapal pengawal pantai China.

“Lima daripada kami cuba berenang ke batu besar itu untuk meletakkan bendera Filipina dan bendera PBB tetapi mereka menyerbu kami,” penyelaras kumpulan itu Vera Joy Baneg, memberitahu AFP melalui pesanan ringkas.

“Mereka mengejar kami dengan dua buah bot laju dan menyekat laluan kami, menyembur air ke arah kami. Dua orang perenang bagaimanapun berupaya sampai ke lingkaran beting itu dan bahagian-bahagian lain lautan yang dituntut oleh kedua-dua negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA