Pengawal Revolusi Iran bunuh lima pemberontak Kurdish

Pengawal Revolusi Iran bunuh lima pemberontak Kurdish

TEHRAN, 13 Jun (AFP) – Pengawal Revolusi elit Iran membunuh lima pemberontak Kurdish berhampiran Sempadan barat laut negara itu dengan Iraq, menurut satu kenyataan rasmi hari ini.

“Satu pasukan seramai lima orang dari kumpulan pengganas PJAK… telah dikenalpasti dan seterusnya akan dihapuskan di rantau Sardasht di sempadan Iraq, menurut kenyataan dari laman web rasmi pihak pengawal itu.

Ia berkata kumpulan itu bertanggungjawab atas kematian tiga orang ahli militia Basij Iran lebih sebulan yang lalu.

Tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai operasi tersebut.

Pertempuran terakhir berlaku dilaporkan antara pemberontak Kurdish dan Pengawal Revolusi pada bulan September, di mana dua pemberontak dan dua anggota tentera Iran terbunuh.

PJAK – sebuah parti di Kurdistan – merupakan sebuah parti Kurdish Iran yang berhubung rapat dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Pemberontak Kurdish telah melakukan serangan terhadap angkatan tentera Iran dari masa ke semasa berhampiran sempadan dengan wilayah Kurdish Iraq.

ARTIKEL YANG SAMA