Pengawal selia pasaran modal ASEAN luluskan pembentukan kerja

Pengawal selia pasaran modal ASEAN luluskan pembentukan kerja

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Pengawal selia pasaran modal ASEAN meluluskan pembentukan kumpulan kerja mengenai pergerakan para profesional berdasarkan maklum balas positif memberangsangkan daripada peserta pasaran.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam satu kenyataan hari ini berkata kumpulan kerja itu bertujuan untuk memperkenalkan kaedah-kaedah dalam memudahcarakan pergerakan rentas sempadan bagi para profesional pasaran modal secara berperingkat.

Keputusan pembentukan kumpulan kerja itu dicapai semasa mesyuarat Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) ke-25 di Jakarta, semalam.

Gambar fail bertarikh 5 September 2016 menunjukkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani (tiga, kiri) semasa pelancaran Bursa Malaysia-i di Bursa Malaysia. Juga hadir Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Lee Chee Leong (kiri), Tan Sri Ranjit Ajit Singh (dua, kiri), Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Tan Sri Amirsham A. Aziz (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan (kanan). – Bernama

Semasa mesyuarat tersebut, anggota ACMF bersetuju untuk mempergiatkan usaha mempromosikan kelas-kelas aset ASEAN.

ACMF juga bersetuju memperkenalkan Persidangan Tahunan Pasaran Modal ASEAN sebagai satu platform untuk membincangkan peluang-peluang dalam pasaran modal ASEAN dan mengetengahkan kelas-kelas ASEAN. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA