Pengawasan Kejiranan akan lebih dipergiatkan

Pengawasan Kejiranan akan lebih dipergiatkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Sebagai sebahagian daripada Strategi Pengawasan Kejiranan, Pegawai Menguasa Balai Polis Sengkurong, Inspektor Kanan Alfie Wayne Boyd telah mengadakan perjumpaan dengan penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di bawah tadahan balai berkenaan.

Hadir pada mesyuarat itu, penghulu Mukim Sengkurong yang juga ketua Kampung Sengkurong B, dan ketua-ketua Kampung Jerudong, Kampung Sengkurong A, Kampung Mulaut, Kampung Tanjung Nangka, Kampung Kulapis dan Kampung Lugu/Kampung Katimahar.

Mesyuarat di Bilik Gerakan Balai Polis Sengkurong berkenaan membincangkan isu-isu dan kebimbangan mengenai kampung masing-masing dan rancangan tindakan bersama.

Perjumpaan membincangkan mengenai isu-isu dan kebimbangan yang perlu ditangani bersama.
Perjumpaan membincangkan mengenai isu-isu dan kebimbangan yang perlu ditangani bersama.

ARTIKEL YANG SAMA