Pengawasan kejiranan berhari raya

Pengawasan kejiranan berhari raya

BALAI Polis Muara baru-baru ini telah mengadakan kunjungan dan ramah mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di beberapa lokasi seperti di rumah Ketua Kampung Kawasaln 1 RPN Kg Mentiri, Pengiran Haji Aliuddin bin Pg Haji Damit dan Ketua Kampung kapok Muara, Haji Merali bin Haji Ahmad.

Pada hari berikutnya kunjungan yang sama juga dibuat di rumah Ketua Kg Batu Marang / Haji Maidin bin Tarip dan di rumah Ketua Kg Sg Buloh / Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim & MPK Sg Buloh.

Turut hadir ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Muara Ketua Inspektor Polis Pengiran Haji Khairul Anuar bin Pengiran Haji Salleh dan Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Muara Inspektor Nuradiba binti Mohammad dan seramai 20 orang anggota Balai Polis Muara berserta Pengawasan Kejiranan seramai empat orang.

Mengetahui perkembangan dan aktiviti-aktiviti kampung

Kunjungan Hari Raya tersebut dibuat bukan sahaja sebagai satu lawatan dalam mengeratkan perhubungan di antara anggota polis dan penduduk kampung tetapi juga membincangkan perkembangan Pengawasan Kejiranan di kampung tersebut dan aktiviti-aktiviti yang akan datang yang lebih menjurus kepada penglibatan Pengawasan Kejiranan dalam membantu anggota polis di kawasan jagaan Balai Polis Muara mengurangkan kadar jenayah di kawasan mereka.

Rombongan berada di rumah Ketua Kampung Kapok Muara, Awang Haji Merali.
Rombongan berada di rumah Ketua Kampung Kapok Muara, Awang Haji Merali.
Ketua Kg Batu Marang Awang Haji Maidin (8 dari kiri) bersama rombongan.
Ketua Kg Batu Marang Awang Haji Maidin (8 dari kiri) bersama rombongan.

Ia juga memberi peluang kepada Ketua Kampong untuk memberikan pendapat serta bertukar fikiran dalam strategi pengurangan kadar jenayah di kampung tersebut.

Pasukan Polis Diraja Brunei sangat mengalu-alukan orang ramai untuk melibatkan diri dalam Pengawasan Kejiranan di kampung masing-masing. Orang ramai bolehlah mendapatkan borang keahlian Pengawasan Kejiranan melalui Ketua Kampong di kawasan mereka. Dengan penglibatan orang ramai melalui Pengawasan Kejiranan ini akan dapat membantu menjadikan kampung mereka bebas dari jenayah dan menjadikan rumah mereka selamat untuk didiami.

ARTIKEL YANG SAMA