Pengawasan Kejiranan STKRJ Lambak Kiri

Pengawasan Kejiranan STKRJ Lambak Kiri

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Sebagai usaha membanteras penjenayah yang semakin berleluasa di negara ini dan menjaga keselamatan para penduduk, mesyuarat pertama 2015-2020 telah diadakan di kediaman Ketua Kampung STKRJ Perpindahan Lambak Kiri, Haji Hamdani bin Omar.

Mesyuarat yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah itu, malam tadi dihadiri oleh 15 orang yang terdiri daripada beberapa penduduk kampung bagi memilih ahli jawatankuasa baru seperti pengerusi, penolong pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, ketua biro dan bendahari.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah dua orang anggota polis dari Balai Polis Berakas yang turut memberikan penerangan mengenai fungsi dan tugas-tugas pengawasan kejiranan dalam mengawal keselamatan kampung. Mereka juga perlu menghubungi balai polis berdekatan jika melihat individu yang mencurigakan sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Gambar ramai ahli yang menghadiri mesyuarat.
Gambar ramai ahli yang menghadiri mesyuarat.

ARTIKEL YANG SAMA