Pengebom berani mati ditembak di Iraq

Pengebom berani mati ditembak di Iraq

BAGHDAD, 11 Sept – Pasukan keselamatan Iraq kelmarin menembak mati seorang pengebom berani mati di kawasan yang sesak di ibu negara Iraq, Baghdad, mengorbankan seorang awam dan sembilan yang lain lagi cedera, menurut sumber polis.

Hasil daripada risikan, tentera telah ternampak seorang pengebom berani mati dan menembaknya mati di pusat pengangkutan yang sibuk di daerah Alawi, Baghdad petang kelmarin, tetapi pengebom berani mati itu telah meletupkan tali pinggangnya yang berisi bahan letupan, mengakibatkan seorang pejalan kaki terbunuh dan sembilan yang lain cedera, kata sumber itu kepada Xinhua. Mangsa akibat letupan itu boleh menjadi lebih tinggi jika penyerang itu cuba meletupkan di kawasan sasarannya yang penuh dengan orang ramai, namun tentera menggagalkan serangan itu, kata sumber itu.

Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi kumpulan militan Negara Islam (IS), pada kebanyakan kes, bertanggungjawab bagi serangan berani mati, dengan menyasarkan kawasan yang penuh dengan orang ramai berkumpul, termasuk pasar, kafe dan masjid di seluruh Iraq.

Iraq telah menyaksikan keganasan yang semakin teruk sejak IS mengambil alih bahagian kawasan utara dan barat pada Jun 2014. – Xinhua

Pasukan keselamatan Iraq membersihkan tapak kejadian selepas letupan bom kereta berlaku di Baghdad, Iraq, kelmarin. – AP
Pasukan keselamatan Iraq membersihkan tapak kejadian selepas letupan bom kereta berlaku di Baghdad, Iraq, kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA