Pengebom berani mati rancang masuk stadium di Paris

Pengebom berani mati rancang masuk stadium di Paris

PARIS, 16 Nov (AFP) – Tiga pengebom berani mati yang meletupkan diri di luar Stade de France ketika Perancis sedang beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman, hendak memasuki gelanggang berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sukan Perancis, Thierry Braillard pada Ahad. “Mereka hendak memasuki premis itu tapi gagal,” kata Braillard kepada televisyen Perancis.

Ketika kejadian kira-kira 80,000 penonton sedang menyaksikan perlawanan berkenaan termasuk Presiden Perancis, Francois Hollande.

Akibat letupan itu, perlawanan berkenaan yang memasuki minit akhir babak pertama terhenti seketika sebelum disambung semula. Perancis memenangi perlawanan itu, 2-0.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku, namun penonton dilaporkan panik dan berada dalam ketakutan sebaik mendapat tahu mengenai kejadian itu. Kebanyakannya memasuki padang sejurus perlawanan berakhir.

ARTIKEL YANG SAMA