Pengebom Boston dihukum mati

Pengebom Boston dihukum mati

BOSTON, 25 Jun (AFP) – Pengebom Boston Dzhokhar Tsarnaev mohon maaf kepada semua mangsanya buat kali pertama dalam mahkamah di sini pada Rabu apabila dia akhirnya dijatuhi hukuman mati kerana membuat serangan itu pada 2013.

“Saya mohon maaf kepada semua mangsa dan mereka yang terselamat,” kenyataan pertama bekas penuntut universiti itu sejak kejadian serangan bom pada 15 April 2013 yang menyebabkan tiga terbunuh.

“Saya bersalah,” katanya sambil menambah tiada keraguan lagi berhubung pengakuannya itu.

Hakim George O’Toole secara rasmi mengumumkan hukuman mati itu, yang mana dicapai secara sebulat suara daripada kalangan 12 juri pada 15 Mei selepas pendakwa berjaya meyakinkan mereka Tsarnaev adalah pengganas yang tidak insaf dengan kesalahannya.