Pengebom Britain lancar serangan pertama

Pengebom Britain lancar serangan pertama

AKROTIRE, Cyprus/LONDON, 3 Dis (Reuters) – Pengebom-pengebom Britain telah melancarkan serangan pertama mereka ke atas Syria hari ini, beberapa jam selepas parlimen Britain mengundi untuk mensasarkan kumpulan Islamic State (IS) di Syria, menurut sumber kerajaan.

Pengebom tornado berlepas dari pangkalan udara RAF Akrotiri di Cyprus dan melancarkan serangan ke atas sasaran di Syria, menurut sumber itu. pengebom-pengebom kembali ke pangkalan.

“Serangan dibuat dari seluruh Syria,” menurut sumber itu, yang merahsiakan identitinya. Sumber itu enggan memberikan maklumat lanjut tentang operasi itu tentang sasaran atau bilangan pesawat udara yang terlibat.

Seorang saksi dari Reuters di Cyprus menyaksikan empat buah jet berlepas berpasangan dari pangkalan udara dalam tempoh sejam antara satu sama lain. Keempat-empat pesawat telah kembali kemudian.

RAF Akrotiri digunakan sebagai landasan pelancaran bagi serangan ke atas sasaran kumpulan Islam IS di Iraq dalam tempoh hanya sejam dan lewat semalam parlimen Britain meluaskan skopnya bagi sasaran dalam Syria.

Berucap di parlimen semalam, Perdana Menteri David Cameron berkata peluru berpandu Brimstone dipasang pada pengebom Tornado GR4 akan membantu mewujudkan perbezaan sebenar dengan menyerang Raqqa, bandar de facto Kumpulan IS dan perniagaan perdagangan lamanya.