Pengebom IS bunuh 15 orang

Pengebom IS bunuh 15 orang

BAGHDAD, 24 Julai – Satu pengeboman berani mati yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS) telah membunuh kira-kira 15 orang di kawasan Syiah, utara Baghdad, kata pegawai perubatan dan keselamatan hari ini.

Pengeboman itu yang melanda berhampiran pusat pemeriksaan di kawasan Kadhimiyah, rumah kepada tapak suci Syiah, juga mencederakan kira-kira 29 orang, menurut pegawai.

IS mengeluarkan kenyataan yang mendakwa melakukan serangan itu, mengatakan ia menyasarkan askar-askar dan separa tentera kerajaan di kawasan berkenaan.

Kumpulan jihad sering melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan dan juga menyasarkan anggota Syiah Iraq, yang dianggap berfahaman menyeleweng.

Pengebom berani mati IS menyasarkan pembeli-belah di daerah Karrada tengah Baghdad awal bulan ini dengan membunuh 292 orang. – AFP