Pengebom IS bunuh 8 berhampiran masjid

Pengebom IS bunuh 8 berhampiran masjid

BAGHDAD, 9 Dis – Satu pengeboman berani mati yang didakwa dilakukan oleh kumpulan jihad Islamic State (IS) telah membunuh kira-kira lapan orang berhampiran masjid Syiah di timur Baghdad hari ini, menurut pegawai perubatan dan keselamatan.

Letupan yang berlaku di kawasan Obeidi itu juga mencederakan sekitar 19 orang, menurut pegawai. IS mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu yang disiarkan dalam kenyataan online, mengatakan pengebom dikenal pasti sebagai ‘Abu Salem’ melakukannya dengan membawa bahan letupan di tali pinggang.

IS menganggap Syiah mempunyai fahaman yang menyeleweng, dan sering menyasarkan mereka dengan pengeboman di kawasan sesak di bandar.

IS menakluki kawasan besar utara dan barat Baghdad tahun lepas, dan sementara pasukan Iraq telah mengambil semula wilayah penting utara bandar itu, kebanyakannya di kawasan barat negeri itu kekal di bawah kawalan kumpulan berkenaan. – AFP