Pengebom Istanbul masuk Turki sebagai pelarian

Pengebom Istanbul masuk Turki sebagai pelarian

ISTANBUL, 14 Jan (Reuters) – Seorang pengebom berani mati IS yang membunuh 10 orang pelancong Jerman di tengah daerah bersejarah Istanbul, telah memasuki Turki sebagai seorang pelarian dari Syria dan tidak dikesan kerana namanya tidak dalam senarai perhatian, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu berkata semalam.

Pengebom itu yang meletupkan dirinya dikalangan kumpulan pelancong pada Selasa lalu berhampiran Masjid Blue Mosque dan Hagia Sophia, tapak-tapak terkenal di salah sebuah dari bandar-bandar di dunia yang paling dikunjungi, telah mendaftar dengan pihak berkuasa imigresen di bandar itu seminggu lalu.

Turki mengekalkan sempadan terbuka kepada orang pelarian dari perang saudara Syria dan kini menerima lebih 2.2 juta orang, penduduk orang pelarian terbesar di dunia. Tetapi sempadannya juga telah digunakan oleh para pejuang asing yang ingin menyertai kumpulan Islam IS atau pulang dari kumpulan itu untuk melakukan kekejaman di luar negara.

“Individu-individu ini bukan orang yang di bawah pengawasan. Dia memasuki Turki lazimnya sebagai orang pelarian, seperti seseorang yang mencari perlindungan,” Davutoglu memberitahu sidang media, dengan menambah kata dia telah dikenal pasti dari cebisan-cebisan tengkorak, muka dan kukunya.

“Selepas serangan itu hubung kaitnya telah didedahkan. Antara kaitan ini, selain dari Daesh, kami mensyaki terdapat beberapa kuasa menggunakan Daesh,” katanya dengan menggunakan nama Arab bagi Kumpulan Islam IS.

Turki menuduh Presiden Syria Bashar al-Assad, dan sekutunya termasuklah Iran dan Rusia, bekerjasama dengan kumpulan Islam IS dalam usaha rejim Syria untuk memusnahkan pasukan pembangkang Syria.

Turki, seperti Jerman adalah anggota gabungan yang diketuai AS memerangi Kumpulan Islam IS di Syria dan Iraq, telah menjadi sasaran bagi militan-militan radikal Sunni.

Ditanya jika Turki merancang bertindak balas dengan serangan udara ke atas Kumpulan IS, Davutoglu berkata Ankara akan bertindak pada ketika dan cara yang dilihatnya sesuai. Dia menekankan ketenteraan Turki telah menyerang sasaran kumpulan IS di luar negara selepas serangan Suruc dan Ankara.