Pengebom nekad IS lancar serangan di Hasaka

Pengebom nekad IS lancar serangan di Hasaka

AMMAN, 24 Jun (Reuters) – Sekurang-kurangnya 10 maut dan berpuluh cedera selepas pengebom nekad militan Negara Islam (IS) melancarkan serangan di bandar Hasaka, timur laut Syria hari ini.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, sekurang-kurangnya tiga pengebom berani mati mensasarkan kawasan kawalan utama tentera Syria di bandar itu manakala seorang lagi meletupkan diri di kawasan Kurdish yang berdekatan dengan sebuah balai polis.

Bandar berkenaan kini terbahagi dua zon yang ditadbir oleh kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad manakala satu zon lagi di bawah militan Kurdish.

Penduduk di Hasaka ketika dihubungi berkata, puak Kurdish dan tentera Syria sudah pun mengepung kawasan kejadian selepas serangan bom berkenaan. A

Agensi berita Syria, SANA mengesahkan dua letupan kereta berlaku berdekatan sebuah bulatan utama jalan raya di bandar berkenaan yang juga berhampiran sebuah hospital kanak-kanak.

Serangan bom di Hasaka timur laut Syria. – AFP
Serangan bom di Hasaka timur laut Syria. – AFP