Pengebom neka...

Pengebom nekad ragut 13 nyawa

LAHORE, 14 Feb – Letupan didalangi tindakan pengebom nekad ketika anggota polis mengiringi perarakan di timur Lahore mengorbankan 13 nyawa dan mencederakan hampir 60 orang, semalam.

Letupan yang dipercayai dilakukan puak Taliban itu mengejutkan ratusan ahli farmasi yang mengadakan protes membantah pindaan terhadap undang-undang penjualan dadah.

Polis berkata, enam pegawai polis termasuk bekas ketua antipengganas wilayah adalah antara yang terkorban.

Siasatan awal mendakwa penyerang menaiki motosikal tetapi ia dinafikan Menteri Undang-Undang Wilayah, Rana Sanaullah.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan pengebom berkenaan berjalan ketika insiden berlaku.

Anggota keselamatan ketika memeriksa tapak pengeboman tersebut di timut pakistan, Lahore, kelmarin. – Xinhua
Anggota keselamatan ketika memeriksa tapak pengeboman tersebut di timut pakistan, Lahore, kelmarin. – Xinhua

Timbalan Komisioner Lahore, Sameer Ahmad, berkata sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 58 lagi cedera, termasuk sembilan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, stesen televisyen menyiarkan rakaman kejadian yang memaparkan bunyi letupan dan kepulan asap, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku. Keadaan seperti bangunan besar sedang runtuh,” kata seorang saksi, Tufail Nabi, kepada stesen televisyen tempatan, Geo News TV. – AP