Pengeboman berani mati bunuh 17 di Iraq

Pengeboman berani mati bunuh 17 di Iraq

BAGHDAD, 4 April (AFP) – Empat serangan berani mati yang mensasarkan tentera keselamatan Iraq dan orang awam. Serangan mortar telah mengenai rumah-rumah berhampiran Baghdad yang membunuh sekurang-kurangnya 17 orang hari ini, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

Serangan sebalah pagi itu turut mencederakan sekurang-kurangnya 64 orang, menurut sumber.

Dalam serangan tunggal yang dahsyat itu, seorang pengebom berani mati telah melancarkan pengeboman di jalan bandar pelabuhan selatan Basra, membunuh lima orang dan mencederakan 10 yang lain.

Tapak serangan bunuh diri yang mensasarkan pusat pemeriksaan pasukan polis dan tentera, dekat jambatan Muthana di utara Baghdad kelmarin. – AFP
Tapak serangan bunuh diri yang mensasarkan pusat pemeriksaan pasukan polis dan tentera, dekat jambatan Muthana di utara Baghdad kelmarin. – AFP

Kumpulan Islamic State (IS), “selepas kerosakan teruk pada kawasan barat, mereka bercadang untuk menggerakan pertempuran ke kawasan selatan,” di mana banyak kuasa-kuasa yang menentang IS, kata Gabenor Basra, Majid al-Nasrawi kepada wartawan.

Wartawan AFP melihat tiga mayat terbakar di tempat kejadian serangan Basra, keduanya masih dalam kenderaan, dan seorang lagi masih dalam usungan.