Pengeboman di Syria ragut 30 jiwa

Pengeboman di Syria ragut 30 jiwa

ALEPPO, Syria, 24 April – Kira-kira 30 orang awam terbunuh semalam dalam pengeboman rejim dan pemberontak ke atas kawasan di seluruh Syria, yang mengancam gencatan senjata lapan minggu ketika rundingan damai terbantut di Greece.

Ketua kumpulan pengawas di Britain berkata keganasan yang meningkat bermakna gencatan senjata antara rejim dan pemberontak bukan pejuang berani mati, yang berkuat kuasa sejak Februari lalu telah gagal.

Gencatan senjata, yang mana Rusia dan AS telah menjadi pihak perantaranya telah membangkitkan harapan bahawa rundingan yang disokong oleh PBB, di Geneva bulan ini akan membawa kepada penyelesaian kepada konflik lima tahun itu.  Tetapi rundingan dijangka diteruskan hingga Rabu telah tidak menentu selepas kumpulan pembangkang utama Syria pada minggu ini menangguhkan penglibatan rasminya dalam rundingan itu.

Dua belas orang awam terbunuh dalam serangan udara di metropolis utara Aleppo semalam, kata seorang pegawai pertahanan awam.  Sementara itu agensi berita kerajaan Sana’a berkata tiga orang awam terbunuh dan 17 lagi cedera dalam pembedilan pemberontak ke atas kawasan yang dikuasai kerajaan di Aleppo.

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata 13 orang lagi terbunuh dalam bedilan ke atas bandar yang dikuasai pemberontak, Douma, timur Damsyik, manakala dua orang lelaki terbunuh dalam serangan udara rejim di Talbisseh di wilayah tengah Homs.

Para sukarelawan pertahanan Syria membawa mayat berikutan serangan udara yang dilaporkan pada Sabtu lalu di kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak Tariq al-Bab di bandar utara Aleppo. – AFP
Para sukarelawan pertahanan Syria membawa mayat berikutan serangan udara yang dilaporkan pada Sabtu lalu di kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak Tariq al-Bab di bandar utara Aleppo. – AFP

Serangan-serangan udara ke atas Aleppo mensasarkan beberapa kawasan, termasuklah daerah yang ramai penduduk, Bustan al-Qasr, menurut wartawan AFP yang berada di bandar itu.  Serangan yang banyak mengorbankan nyawa di kawasan Tariq al-Bab di hujung timur bandar itu.

Seorang sukarela pertahanan awam dlihat membawa seorang wanita yang sedang menjerit menuruni tangga dari bangunan yang musnah di kawasan itu, ketika lori pikap memindahkan mayat seorang mangsa.

Seorang lagi sukarela mengendalikan kren untuk membawa turun seorang lelaki muda yang sedang mengendong seorang anak damit dari tingkat atas. Ia adalah hari kedua serangan maut ke atas Aleppo, selepas 25 orang awam terbunuh dan 40 orang lagi cedera dalam serangan udara Jumaat lalu. – AFP