Pengeboman di timur Aleppo ragut 25 nyawa

Pengeboman di timur Aleppo ragut 25 nyawa

ALEPPO, Syria, 18 Nov – Serangan udara Syria mengakibatkan 25 orang awam terbunuh di daerah timur Aleppo semalam, pihak pemantau berkata, pada hari ketiga serangan rejim yang meluas di kawasan-kawasan yang dikuasai pemberontak.

Pengeboman itu berlaku di enam kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak, kata Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia. Sekurang-kurangnya 65 orang awam terbunuh di timur Aleppo sejak awal serangan rejim pada hari Selasa, kata kumpulan pemantauan. Pengeboman yang terbaru itu menghancurkan ketenangan selama sebulan di timur bandar utara yang dibahagikan. Seorang wartawan AFP yang berada di daerah-daerah timur berkata letupan berlaku dari tong bom yang dijatuhkan dari pesawat yang telah didengar sejak pukul 10 pagi lagi (0800 GMT).

Salah satu serangan udara yang disasarkan adalah pusat pertahanan awam di kawasan kejiranan Bab al-Nayrab, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan disana, kata wartawan itu. – AFP