Pengeboman dirancang lebih 10 orang

Pengeboman dirancang lebih 10 orang

BANGKOK, 20 Ogos – Pengeboman maut di Bangkok mengambil masa sebulan untuk dirancang dan dilaksanakan oleh lebih daripada 10 orang, ketua polis negara beraja itu berkata hari ini, ketika lebih banyak butiran muncul tentang rangkaian yang disyaki menjadi dalang serangan itu yang telah mengorbankan 20 orang.

“Letupan ini dibuat oleh kumpulan-kumpulan,” ketua polis kebangsaan Somyot Poompanmoung memberitahu para pemberita, dengan menambah kata bahawa ia mungkin mengambil masa kira-kira sebulan untuk merancang serangan pada hari Isnin itu di sebuah kuil sibuk di pusat bandar, Bangkok.

Dengan menyatakan kepercayaannya bahawa ‘lebih 10 orang’ telah terlibat, Somyot berkata pengebom itu memerlukan beberapa orang untuk meninjau tempat itu, merancang strategi masuk dan keluar dan memperoleh dan membuat bom, yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai di bandar Thailand pada ketika waktu sibuk. “Saya percaya rangkaian ini mempunyai hubungan dengan orang di Thailand,” tambahnya.

Seorang warga asing yang tidak dinyatakan namanya telah dinyatakan sebagai tersangka utama selepas polis mengeluarkan rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan lelaki muda berkaca mata berpakaian baju kemeja T berwarna kuning meninggalkan beg galas di kuil itu sejurus sebelum letupan itu.

Pihak berkuasa sedang mencari dua lagi lelaki yang dilihat dalam CCTV sedang berdiri di hadapan tersangka utama ketika dia memasukkan beg galas di tapak kejadian itu. – AFP

Ketua polis Thailand ketika berucap dalam satu persidangan di Bangkok.  - Reuters
Ketua polis Thailand ketika berucap dalam satu persidangan di Bangkok. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA