Pengeboman kembar ragut 11 jiwa di Yaman

Pengeboman kembar ragut 11 jiwa di Yaman

ADEN, 18 Julai – Pengebom berani mati hari ini menyerang dua pusat pemeriksaan tentera di bekas kubu kuat Al-Qaeda di tenggara Yaman, membunuh 11 orang, kata para pegawai keselamatan dan kesihatan.

Seorang penyerang telah memandu trak berisi bom ke pusat pemeriksaan di bandar wilayah Mukalla daerah barat Hadramawt, kata para pegawai keselamatan memberitahu AFP.

Penyerang kedua juga serentak meletupkan kenderaannya di sebuah pusat pemeriksaan tentera di bandar berhampiran Hajr, terletak kira-kira 15km ke barat Mukalla, menurut sumber.

Komander rantau tentera kedua Hadramawt, Jeneral Faraj Salmeen sebelumnya telah memberitahu AFP bahawa pengeboman kedua menyerang tengah bandar, menyalahkan serangan itu ke atas ‘pengganas’.

Seramai 11 orang terbunuh dan 18 lagi cedera dalam pengeboman kembar, kata Riad Jariri, ketua jabatan kesihatan di Mukalla.

Empat orang awam antara yang terbunuh, ujarnya kepada AFP.

Belum ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA