Pengeboman kembar ragut 13 jiwa

Pengeboman kembar ragut 13 jiwa

MOGADISHU, 26 Julai – Kira-kira 13 orang terbunuh hari ini dalam pengeboman kembar berhampiran bangunan-bangunan PBB dan Kesatuan Afrika (AU) yang bersambung dengan lapangan terbang Mogadishu, kata polis, dalam apa yang kumpulan jihad Shabaab dakwa adalah satu serangan berani mati.

Kumpulan Shabaab yang sepakat dengan Al-Qaeda telah disalahkan atas siri serangan berdarah di Somalia dan negara jiran Kenya, dan sedang berjuang untuk menggulingkan kerajaan Mogadishu yang disokong antarabangsa.

“Sekurang-kurangnya 13 orang telah disahkan meninggal dunia dalam dua letupan, salah satu kenderaan itu meletup berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan dan satu lagi dekat kawasan PBB,” kata pegawai polis, Bishaar Abdi Gedi.

“Pasukan keselamatan berjaya untuk memintas penyerangnya dan menggagalkan serangan itu,” kata Gedi.

Kenyataan Shabaab berkata ia adalah serangan berani mati daripada militan-militannya.

Askar-askar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB, UN) dan Somali mengawal di sekitar dinding yang musnah berikutan pengeboman kereta berkembar di luar pejabat PBB di Mogadishu pada 26 Julai. – AFP
Askar-askar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB, UN) dan Somali mengawal di sekitar dinding yang musnah berikutan pengeboman kereta berkembar di luar pejabat PBB di Mogadishu pada 26 Julai. – AFP

“Kedua-dua letupan itu dilakukan oleh dua pengebom berani mati Mujahedeen dan mereka telah menyasarkan dua lokasi berlainan tempat pasukan pengaman AMISOM ditugaskan,” ujarnya, merujuk kepada misi Kesatuan Afrika ke Somalia.

Seorang jurnalis AFP di tempat kejadian mendengar bunyi tembakan senjata selepas letupan itu meledak di kawasan tersebut.

Lapangan terbang bandar itu dikawal ketat dan bersempadan dengan pangkalan utama bandar itu bagi AMISOM, pasukan kuat 22,000 yang menyokong kerajaan dalam pertempuran ke atas pemberontak Shabaab.

Pasukan tentera AMISOM telah dikerahkan ke Somalia pada 2007 untuk mempertahankan kerajaan ke atas serangan dari Shabaab.

“Sekitar 9 pagi kedengaran bunyi letupan di luar salah satu pagar kami, kira-kira 200 meter jauhnya,” kata jurucakap misi Joe Kibet memberitahu AFP.

“Ia kelihatannya seperti satu serangan, mereka berniat untuk menyerang. Kini situasi itu tenang dan kakitangan kami sedang menanganinya,” tambahnya. – AFP