Pengeboman lori bunuh 47 jiwa

Pengeboman lori bunuh 47 jiwa

MISRATA, Libya, 8 Jan (Reuters) – Kira-kira 47 orang terbunuh semalam apabila serangan teruk bom di Libya sejak kejatuhan Muammar Gaddafi mengenai sebuah pusat latihan polis ketika beratus-ratus rekrut berhimpun bagi perkumpulan pagi.

Tidak ada kumpulan mengaku bertanggung jawab di atas serangan itu di bandar barat Zliten, tetapi pengeboman nekad dan pengeboman kereta meningkat di Libya apabila militan-militan Islam mengambil kesempatan dari keadaan kacau di negara Afrika Utara untuk meluaskan kehadiran mereka.

Lewat semalam kumpulan militan Islam IS mendakwa satu lagi pengeboman kereta yang membunuh kira-kira tujuh orang di pelabuhan minyak Ras Lanuf.. pelabuhan itu dan terminal berhampiran di Es Side diserang oleh militan awal minggu ini, dalam usaha paling bersepadu sehingga kini ke atas infrastruktur minyak Libya.

Di Zliten, Datuk Bandar Miftah Hamadi berkata bom lori diletupkan ketika kira-kira 400 rekrut berhimpun pada awal pagi di pusat polis Zliten yang terletak antara bandar Tripoli dan pelabuhan Misrata.

“Keadaan dahsyat, letupan begitu kuat sehinggakan ia kedengaran berbatu-batu jauhnya,” Hamadi memberitahu Reuters melalui telefon, suaranya tersekat-sekat dengan emosi. “Semua mangsa masih muda dan baru hendak memulakan kehidupan mereka.”

Penduduk Libya berkumpul di tapak pengeboman lori yang membunuh diri di sebuah akedemi polis di bandar Libya pantai Zliten, 170 kilometer (100 batu) dari timur ibu negara Tripoli. - AFP
Penduduk Libya berkumpul di tapak pengeboman lori yang membunuh diri di sebuah akedemi polis di bandar Libya pantai Zliten, 170 kilometer (100 batu) dari timur ibu negara Tripoli. – AFP

Bangkai-bangka kenderaan yang terbakar berselerak di kawasan berhampiran bangunan akademi polis. Kereta-kereta yang diletakkan remuk akibat kekuatan letupan bom itu.

Saksi-saksi berkata para penduduk membawa mangsa-mangsa ke hospital Misrata dengan kereta ambulans dan kereta, ramai mengalami kecederaan akibat serpihan bom dan sebilangan mayat tidak dapat dikenal pasti.

Sumber-sumber perubatan pada awalnya berkata 65 orang terbunuh, termasuklah beberapa orang ramai. Tetapi Fozi Awnais, ketua jawatankuasa krisis bagi kementerian keselamatan di Tripoli berkata kemudian bahawa 47 orang terbunuh dan 118 lagi cedera.

Sejak pemberontakan yang disokong NATO menyingkirkan Gaddafi, Libya semakin dilanda kekacauan dengan dua kerajaan bersaingan dan beberapa kumpulan–kumpulan bersenjata yang bermusuhan terlibat dalam perebutan kuasa ke atas negeri OPEC dan kekayaan minyaknya.

Para pegawai barat berkata membentuk kerajaan bersatu adalah langkah pertama di Libya yang meminta bantuan antarabangsa untuk memerangi Kumpulan Islam ISS, termasuklah latihan bagi tentera baru dan kemungkinan serangan udara ke atas sasaran militan.