Pengeboman nekad bunuh 10 di Baghdad

Pengeboman nekad bunuh 10 di Baghdad

BAGHDAD, 3 Okt – Pengebom berani mati telah menyerang dua buah kawasan besar Syiah di bandar Iraq hari ini, membunuh kira-kira 10 orang dan mencederakan lebih 30 yang lain, kata para pegawai keselamatan dan perubatan.

Dalam serangan maut itu, para pengebom menyasarkan sebuah pasar di kejiranan Amil selatan Baghdad, membunuh kira-kira enam orang dan mencederakan 16 yang lain atau lebih.

Pengebom lain telah meletupkan bahan letupan berhampiran garaj bagi teksi dan bas dan sebuah khemah yang menyediakan makanan buat orang awam sempena upacara keagamaan Syiah, membunuh kira-kira empat orang dan mencederakan 18 yang lain.

Tidak ada dakwaan yang bertanggungjawab atas serangan itu, namun kumpulan IS sering menyasarkan anggota Islam Syiah Iraq, yang dianggap berfahaman menyeleweng. – AFP