Pengeboman tangguh pengeluaran di kilang Coke

Pengeboman tangguh pengeluaran di kilang Coke

KIEV, 24 Mei (Reuters) – Pembuat keluli Ukraine, Metinvest mengatakan hari ini, ia telah menangguhkan pengeluaran di kemudahan Avdiyivka di timur Ukraine, salah sebuah kilang coke terbesar di Eropah, selepas pengeboman berat mengakibatkan kemusnahan besar.

Avdiyivka menghasilkan 40 peratus coke Ukraine dan sebarang penangguhan pengeluaran akan mengancam penghasilan di kilang keluli negara itu, termasuk dua yang terbesar di Mariupol, bandar pelabuhan yang dikawal kerajaan di tenggara negara itu.

“Ini adalah serangan kedua terbesar dalam masa beberapa hari….perniagaan telah dihentikan sebagai satu tindakan segera. Pengeluaran coke telah ditangguhkan,” kata Metinvest dalam satu kenyataan di laman webnya.

“Sejurus saja situasi kembali stabil, kerja-kerja memulihkan bekalan tenaga di kilang itu akan dimulakan.”

Avdiyivka terletak di wilayah yang dikawal oleh pasukan kerajaan namun ia dekat dengan barisan hadapan dan tentera Ukraine itu telah menuduh pemisah mengenai serangan tersebut sejak gencatan senjata dikuatkuasakan pada pertengahan Februari.

Pada Khamis, seorang pekerja telah terbunuh dan dua cedera dalam apa yang Metinvest gambarkan sebagai pengeboman berat ke atas kilang itu sejak pengumuman gencatan senjata berkenaan. Metinvest, firma keluli terbesar di Ukraine, mengatakan pada Jumaat kerosakan pada trek landasan dalaman di Avdiyvka bermaksud ia tidak dapat menghasilkan bahan mentah atau mengeluarkan produk penghabisan.