Pengebumian mangsa gempa bumi Itali diselubungi kesedihan

Pengebumian mangsa gempa bumi Itali diselubungi kesedihan

ASCOLI PICENO, Itali, 28 Ogos – Itali mengucapkan selamat tinggal kepada berpuluh-puluh orang yang terkorban dalam gempa bumi ketika negara itu meratapi mangsa bencana yang meragut hampir 300 nyawa.

Presiden Sergio Mattarella, Perdana Menteri Matteo Renzi dan pemimpin lain adalah antara beratus-ratus orang yang berkabung di dewan sukan di Ascoli Piceno, ibu negeri Marche.

Dewan itu diubahsuai kepada tempat ibadat bagi menjalankan majlis pengebumian mangsa yang terkorban di perkampungan Arquata del Tronto dan Pescara del Tronto di yang terletak di kawasan pergunungan.

Beratus-ratus berdiri senyap, ketika majlis berjalan tiga hari selepas gempa bumi menyebabkan seramai 291 orang terkorban.

Ahli keluarga dan saudara mara berdiri di tepi keranda orang tersayang, sambil sebahagian berpelukan dan menitiskan air mata.Antara yang terbunuh ialah seorang kanak-kanak yang berusia sembilan tahun, yang ketika itu melindungi adik perempuannya, Giorgia, 5, dari insiden runtuhan tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA