Pengebumian negara Marcos cetus bantahan

Pengebumian negara Marcos cetus bantahan

MANILA, 14 Ogos – Pembantah hari ini memenuhi Manila bagi membantah rancangan Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk memberi penghormatan kepada mendiang diktator Ferdinand Marcos dengan pengebumian negara.

Kira-kira 2,000 orang berhimpun di tengah hujan lebat untuk menyelar rancangan Duterte untuk memindahkan mayat Marcos dari bandar kelahirannya di utara ke Perkuburan Wira-Wira Kebangsaan di ibu negara, Manila bulan depan.

“Kita akan menjadi bahan ejekan di seluruh dunia,” Senator Risa Hontiveros, salah seorang dari empat anggota parlimen yang menghadiri perhimpunan di Manila, memberitahu AFP.

Dia menyifatkan Marcos ‘orang berdosa yang tidak menyesal berbanding wira-wira kita.’

Pembantah menunjukkan pelekat ketika mereka berhimpun untuk rapat umum di Taman Rizal bagi membantah pengebumian mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos di Perkuburan Wira-wira Kebangsaan di Manila. Ia merupakan perhimpunan terbesar semenjak Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pengebumian negara bagi Marcos dengan penghormatan tentera dan pembangkang pula mengumumkan ia akan memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi. – AP

Keluarga Marcos terus mempamerkan mayat diktator itu yang telah diawetkan, selepas beliau meninggal dunia ketika hidup dalam buangan dalam tahun 1989 ekoran pemberontakan popular tiga tahun sebelumnya, dengan menuntut diktator itu dikebumikan dengan penuh penghormatan di Perkuburan Wira-Wira.

Marcos telah dilantik presiden pada tahun 1965 dan mengisytiharkan undang-undang tentera pada tahun 1972, yang membolehkannya memimpin sebagai diktator ketika beliau, keluarganya dan sekutunya mengumpul kekayaan melalui rasuah dan tenteranya dengan kejam menindas penentang-penentang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA