Pengecualian visa tarik pelancong

Pengecualian visa tarik pelancong

HANOI, Vietnam, 19 Jun (Agensi) – Vietnam akan melonggarkan syarat visanya untuk para pelancongan dari lima lagi negara Eropah dalam bidaannya untuk menaikkan industri pelancongannya yang merosot.

Melalui keputusan daripada Perdana Menteri Nguyen Tan Dung yang disiarkan melalui laman web kerajaan, pelancong dari Britain, Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol tidak lagi memerlukan visa untuk pergi ke Vietnam mulai Julai untuk penginapan selama 15 hari.

Keputusan tersebut disambut baik oleh pengendali pelancongan.

“Ini merupakan berita baik,” Hoang Le Quyen dari PeaceTours berkata melalui telefon dari pusat komersial selatan di bandar Ho Chi Minh.

“Ia sudah tentu akan membantu untuk menarik pelancong asing untuk datang ke Vietnam.”

Quyen berkata adalah lebih baik jika tempoh tanpa visa itu dilanjutkan selama 30 hari, dengan Vietnam bersaing dengan negara-negara serantau seperti Singapura,Thailand dan Malaysia, yang menawarkan tempoh masa yang lebih panjang buat pelancong daripada pelbagai negara.

Setakat ini, Vietnam memberikan pengecualian visa timbal balik kepada sembilan negara di Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), dan secara bersendirian memberikan kemasukan percuma visa kepada empat negara Nordik, ditambah lagi dengan Rusia, Belarus, Jepun dan Korea Selatan.

Kerajaan komunis itu mempertimbangkan memberi pengecualian visa kepada beberapa lagi negara.

Tahun lepas, hampir lapan juta pelancong asing melawat Vietnam, tetapi kemasukan didapati menurun sehingha 13 peratus dalam awal lima bulan tahun ini kepada kira-kira 3.3 juta, menurut ahli ternama kerajaan.

Pelancong dari China dilihat menurun sebanyak 30 peratus sejak pembinaan pelantar minyak berdekatan pulau Paracel pada musim panas lepas mencetuskan bantahan anti-China di Vietnam.

ARTIKEL YANG SAMA