Pengecualian warga Iran tunaikan haji dipersoalkan

Pengecualian warga Iran tunaikan haji dipersoalkan

TEHRAN, 7 Sept – Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif lewat semalam menuduh Arab Saudi ‘berfahaman pelampau taksub’ dalam perang mulut semakin getir berhubung pengecualian rakyat Iran dari menunaikan ibadah haji.

Javad Zarif memberi respons kepada dakwaan ulama kanan Arab Saudi, Mufti Besar Abdulaziz al-Sheikh, bahawa warga Iran ‘bukan orang Islam.’

“Sudah tentu, tidak ada kesamaan antara orang Islam Iran dan kebanyakan orang Islam serta fahaman pelampau taksub yang didakwahkan oleh ulama tertinggi Wahhabi dan ketua pengganas Saudi,” kata Zarif dalam Twitter.

Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei dijangka mengadakan pertemuan lewat hari ini dengan sebilangan para keluarga dari lebih 400 mangsa Iran dalam kejadian rempuhan yang mengorbankan hampir 2,300 orang jemaah di musim haji tahun lalu.

Beliau telah mengeluarkan surat terbuka Isnin lalu yang menuduh pihak Saudi gagal melindungi jemaah haji.

Suasana para jemaah haji di Masjidil Haram di bandar suci umat Islam, Makkah, Arab Saudi, kelmarin. - AP
Suasana para jemaah haji di Masjidil Haram di bandar suci umat Islam, Makkah, Arab Saudi, kelmarin. – AP

“Teragak-agak dan kegagalan untuk menyelamatkan jemaah yang separuh mati dan cedera, juga jelas dan tidak dapat dipertikaikan. Mereka telah membunuh para jemaah,” beliau menulis.

Buat pertama kali dalam tempoh hampir tiga dekad, warga Iran disekat dari menunaikan haji di tanah paling suci Islam di Arab Saudi selepas saingan-saingan serantau itu gagal menyetujui isu-isu keselamatan dan logistik.

Itu telah mencetuskan perbalahan teruk sebelum bermulanya kemuncak haji pada hari Sabtu.

Khamenei menyifatkan keluarga diraja Saudi sebagai ‘Orang yang ketakutan merosakkan kepentingan Amerika Syarikat dan menggesa dunia Islam menamatkan pengurusan hajinya.

Mufti besar memberi respons semalam, dengan memberitahu akhbar harian Makkah: Kita mesti memahami ini bukan beragama Islam, mereka adalah anak Magi dan perseteruan mereka terhadap orang Islam adalah yang lama.”

“Magi” merujuk kepada agama Zoroastria yang tersebar luas di Iran sebelum Islam, dan kadangkala digunakan sebagai penghinaan terhadap orang Iran.

Iran dan Arab Saudi mengikut cabang Islam yang berbeza – Syiah dan Sunni – dan menginginkan dominan serantau, yang menyokong pihak-pihak yang bersaingan dalam konflik dari Syria ke Yaman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA