Pengedar dadah maut dalam serbuan polis

Pengedar dadah maut dalam serbuan polis

BANGKOK, 14 Sept – Polis Thailand menyerbu sebuah resort di timur laut wilayah Nakhon Ratchasima awal hari ini, membunuh seorang pengedar dadah dalam insiden berbalas tembakan selepas menangkap 30 ahli perkumpulan itu, manakala beberapa orang lagi berjaya melarikan diri.

Serbuan itu berlaku kira-kira pukul 3:30 waktu tempatan di Taman Negara terkenal Khao Yai, di mana lebih 40 anggota suspek yang merupakan pengedar dadah yang berpangkalan di Bangkok dilaporkan menghadiri parti dua hari bersama pembekal barangan mereka, media Thai Thairath melaporkan.

Seramai 30 anggota kumpulan itu telah ditangkap di tempat kejadian dan dadah ditemui di dalam bilik mereka, manakala kira-kira lapan ahli lagi melarikan diri menggunakan tiga buah kereta. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA