Pengedar kanabis dilepaskan

Pengedar kanabis dilepaskan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Seorang lelaki tempatan yang berdepan hukuman mati atas kesalahan mengedar kanabis ke Brunei Darussalam pada 19 April 2015 dilepaskan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Permohonan supaya Ameerul Amrie bin Awang Salleh dilepaskan telah dibuat oleh peguam belanya, Ahmad Zakaria yang memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan belum dapat memastikan bila sijil analisa kliennya itu akan siap.

Ahmad Zakaria memberitahu mahkamah bahawa adalah tidak adil untuk menahan dan meminta tertuduh untuk hadir ke mahkamah tanpa ketidakpastian bila analisa itu akan siap.

Majistret Kanan, Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin membenarkan permohonan Ahmad Zakaria dan melepaskan tertuduh sehingga pihak pendakwaan mengemukakan sijil analisa tersebut. Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 25 April 2015 atas kesalahan mengedar dadah terkawal kelas‘A’iaitu Kanabis seberat 1206 gram ke negara ini melalui Sungai Tujoh, Kuala Belait pada 19 April 2015.

pg01_150108_mahkamah logo

Dia didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 di mana lebih dari 500 gram dadah membawa kepada hukuman mati.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim.

ARTIKEL YANG SAMA