Pengeluar industri Jepun merosot

Pengeluar industri Jepun merosot

TOKYO, 30 Jun (AFP) – Pengeluaran industri Jepun merosot pada Mei untuk kali pertama dalam tiga bulan, data rasmi menunjukkan hari ini, dalam petanda membimbangkan untuk ekonomi yang telahpun meleset.

Pengeluaran kilang merosot 2.3 peratus pada Mei berbanding sebulan sebelumnya, jauh lebih teruk daripada kemerosotan 0.2 peratus yang dijangka oleh ahli ekonomi, menurut Bloomberg News.

Angka yang lemah itu keluar selepas Jepun mencatat defisit perdagangan pada Mei, yang pertama sejak Januari, sementara jualan runcit tidak mencatat sebarang perubahan.

Pertambahan yen dalam respons terhadap pengundian Britain pada minggu lalu untuk keluar daripada Kesatuan Eropah juga mengancam keuntungan firma Jepun, selepas ekonomi nombor tiga dunia itu mengelak daripada terjerumus dalam kemelesetan pada suku pertama.

Dengan latar belakang bangunan tinggi, pekerja membersihkan tingkap sebuah bangunan pejabat di kawasan perniagaan Shiodome Tokyo semalam. Pengeluaran industri Jepun merosot pada Mei untuk kali pertama dalam tiga bulan, data rasmi menunjukkan semalam, dalam petanda membimbangkan untuk ekonomi yang telahpun meleset. – AP

“Kemerosotan mendadak dalam pengeluaran industri pada Mei mencadangkan ekonomi meleset pada suku kedua ekoran pertambahan kukuh dalam KDNK pada suku pertama,” kata Marcel Thieliant daripada firma penyelidikan Capital Economics dalam satu komentar.

Data hari ini juga keluar sebelum pilihan raya parlimen pada bulan depan dilihat sebagai satu referendum mengenai pelan pertumbuhan Perdana Menteri Shinzo Abe, digelar Abenomics.

Separuh daripada 242 kerusi dalam dewan pertuanan Jepun akan direbut dalam pengundian pada 10 Julai – walaupun jawatan perdana menteri Abe tidak mungkin dipertikaikan.