Pengeluar, pengedar akhbar Daesh berdepan tindakan tegas

Pengeluar, pengedar akhbar Daesh berdepan tindakan tegas

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan tindakan tegas kepada pengeluar dan pengedar akhbar berbahasa Melayu dipercayai terbitan Daesh kerana haram di sisi undang-undang.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka (pengeluar dan pengedar).

Beliau mengulas laporan media tempatan hari ini mengenai tindakan kumpulan pengganas Daesh memperluaskan usaha menarik pengikut baharu menerusi penyebaran dakyah sesat itu di negara ini, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Filipina dan selatan Thailand menerusi akhbar tersebut.

Akhbar keluaran pertama setebal 20 muka surat pengganas Daesh itu dilancarkan di selatan Filipina pada 20 Jun lepas sebelum kandungannya disebarkan secara dalam talian dan media sosial. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA