Pengeluaran industri, jualan runcit meningkat di China

Pengeluaran industri, jualan runcit meningkat di China

BEIJING, 13 Sept – Pengeluaran industri China dan pertumbuhan jualan runcit meningkat pada Ogos, statistik kerajaan menunjukkan hari ini, dengan kedua-duanya melebihi jangkaan dalam tanda-tanda yang menggalakkan untuk ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Pengeluaran industri meningkat 6.3 peratus tahun-ke-tahun, kata Biro Statistik Nasional (NBS), lebih cepat daripada 6.0 peratus pada Julai dan melebihi ramalan sebanyak 6.2 peratus dalam tinjauan ahli ekonomi oleh Bloomberg News.

Jualan runcit, pengukur utama perbelanjaan pengguna, meningkat 10.6 peratus pada Ogos, kata NBS, juga di depan jangkaan dan angka Julai.

Beijing sedang menimbang untuk melengkapi ekonomi daripada kebergantungan pada perbelanjaan pelaburan dan eksport kepada ekonomi yang lebih menumpu pada permintaan pengguna, namun peralihan itu terbukti tidak lancar dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar adalah perlahan.

China adalah penjana utama ekonomi dunia tetapi bertumbuh pada kadar paling perlahannya dalam satu suku abad tahun lalu, dan telah meleset sejak itu.

Seorang wanita berjalan keluar dari sebuah kedai di Beijing kelmarin. – AFP
Seorang wanita berjalan keluar dari sebuah kedai di Beijing kelmarin. – AFP

“Pada Ogos, beberapa petunjuk berpulih, usaha untuk memotong kapasiti berlebihan, mengurangkan inventori, pengurangan kos dan memperkukuh hubungan lemah mencatat keputusan yang ketara,” kata jurucakap NBS Sheng Laiyun.

Pelaburan aset tetap, pengukur perbelanjaan infrastruktur, naik 8.1 peratus dalam lapan bulan pertama tahun ini, menyamai angka untuk tempoh Januari-Julai. Jualan runcit mengatasi jangkaan 10.2 peratus dalam tinjauan ke atas ahli ekonomi oleh Bloomberg News, sementara pelaburan aset tetap melebihi anggaran 7.9 peratus.

Namun penganalisis bersikap was-was mengenai angka berkenaan, dan pelabur memberikan mereka respon bercampur, dengan Indeks Komposit Shanghai merosot 0.18 peratus. – AFP