Pengeluaran karbon masih tinggi untuk selamatkan iklim

Pengeluaran karbon masih tinggi untuk selamatkan iklim

MARRAKESH, Maghribi, 14 Nov – Pengeluaran karbon dari bahan api fosil yang terbakar hampir sama rata selama tiga tahun berturut-turut – ‘banyak membantu’ tetapi tidak cukup untuk menghindari kepanasan sejagat, menurut satu laporan hari ini.

Pengeluaran karbon dioksida yang memanaskan bumi terus sama rata dalam tahun 2015 pada 36.3 bilion tan dan diramalkan bertambah ‘hanya sedikit’, sebanyak 0.2 peratus dalam tahun 2016, menurut laporan tahunan Global Carbon Budget yang dikumpul oleh kumpulan-kumpulan ahli sains dari seluruh dunia.

“Tahun ketiga hampir tidak ada pertambahan dalam pengeluaran tidak pernah berlaku dahulu pada ketika pertumbuhan mantap ekonomi,” kata ketua penyelidik Corinne Le Quere dari Universiti Anglia Timur.

Sebahagian besarnya disebabkan penggunaan arang batu yang berkurangan di China, ini adalah ‘perubahan ketara dan tidak pernah berlaku sebelumnya’ dengan pertambahan pesat pengeluaran dekad sebelumnya, pada kadar kira-kira 2.3 peratus setahun dari tahun 2004 hingga 2013, sebelum menurun kepada 0.7 peratus dalam tahun 2014.

“Ini banyak membantu bagi menangani perubahan iklim tetapi ia tidak mencukupi,” kata Le Quere.

Bagi negara-negara dunia untuk menjadikannya satu kenyataan, perjanjian sejagat untuk mengehadkan purata kepanasan global kepada dua darjah Celsius melepasi had sebelum Revolusi Perindustrian, pengeluaran mesti lebih mendatar, kajian mendapati.

Pengurangan 0.9 peratus setiap tahun diperlukan sehingga 2030. Pemekatan gas rumah hijau dalam atmosfera terus meningkat, laporan itu memberi amaran, mencecah tahap tertinggi, 23 GtCO2 tahun lalu yang dijangka mencecah 25 GtCO2 pada tahun 2016.

Analisis itu telah disiarkan dalam jurnal Earth System Science Data, bersesuaian dengan persidangan iklim PBB di Maghribi.

Pihak yang terlibat dalam persidangan iklim berhimpun di Marrakesh untuk menetapkan rancangan bagi melaksanakan perjanjian yang digelar Perjanjian Paris telah selesai di bandar Perancis setahun lalu.

Ia membayangkan pengurangan dramatik dalam gas rumah hijau yang menghasilkan arang batu, penggunaan minyak dan gas bagi tenaga.

Laporan baru mengatakan manusia telah mengeluarkan 2,075 GtCO2 sejak 1870 dengan menambah kata dalam tahun 2016 saja mengeluarkan 40 GtCO2. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA