Pengeluaran kenderaan Tesla meningkat

Pengeluaran kenderaan Tesla meningkat

WASHINGTON, 4 Jan – Pengeluar kereta elektrik, Tesla semalam berkata penghasilan tahun lalu meningkat 64 peratus berbanding tahun 2015, tetapi syarikat itu tersasar sasaran penghantarannya bagi tiga bulan terakhir tahun 2016.

Tesla menghasilkan 24,882 buah kenderaan dalam suku terakhir tahun 2016, yang menjadikan jumlah pengeluaran tahun 2016, 83,922 buah kenderaan.

Oleh sebab isu-isu yang menyelubungi peralihan kepada perisian pemanduan auto baru Autopilot, ‘penghasilan lebih dibebani hingga akhir suku dari yang kami rancangan pada awalnya,” dan hampir 2,800 buah kenderaan tidak dihantar,” menurut kenyataan syarikat itu.

Ekoran itu, harga saham jatuh 1.83 peratus kepada AS$213.02 kira-kira pukul 22.00GMT sesudah waktu dagangan.

Bagaimanapun menurut syarikat itu ia mencapai matlamat penghasilannya dan mempunyai 6,450 buah kenderaan dalam transit kepada para pelanggan yang akan dihitung kepada jumlah penghantaran suku pertama.

Salah sebuah model Tesla, S P100D ditunjukkan semasa ujian kelajuan di The Pavilions di Las Vegas Market pada 3 Januari 2017 di Las Vegas, Nevada. Tesla semalam berkata penghasilan tahun lalu meningkat 64 peratus berbanding tahun 2015, tetapi syarikat itu tersasar sasaran penghantarannya bagi tiga bulan terakhir tahun 2016. – AFP
Salah sebuah model Tesla, S P100D ditunjukkan semasa ujian kelajuan di The Pavilions di Las Vegas Market pada 3 Januari 2017 di Las Vegas, Nevada. Tesla semalam berkata penghasilan tahun lalu meningkat 64 peratus berbanding tahun 2015, tetapi syarikat itu tersasar sasaran penghantarannya bagi tiga bulan terakhir tahun 2016. – AFP

“Kami akhirnya dapat pulih dan mencapai matlamat penghasilan kami, tetapi kelambatan penghasilan mengundang cabaran yang memberi impak kepada penghantaran tempoh suku, yang antara lainnya termasuklah kereta hilang dalam penghentian penghantaran ke Eropah dan Asia,” menurut syarikat itu.

Meskipun kenderaan sepenuhnya dibayar, itu tidak dikira sebagai penghantaran dalam suku keempat melainkan pelanggan telah menerima kenderaan itu dan menyelesaikan dokumen.

Permintaan bagi kenderaan ini pada lewat tahun lalu agak mantap, dengan pesanan bersih bagi Model S dan X adalah pada catatan paling tertinggi dan 52 peratus lebih tinggi dari suku keempat tahun 2015.

Pengasas syarikat itu, Elon Musk pada Oktober lalu berkata dia menjangkakan keuntungan pada suku keempat.

Tesla, yang terkenal dengan kenderaan mahal yang dijual sehingga AS$70,000, juga sedang mengusahakan model yang lebih dimampui pada harga separuh yang bertujuan meluaskan pasaran bagi kenderaan elektrik, ketika ia berusaha meningkatkan julat antara caj.

Ia telah pun menerima 400,000 pesanan bagi model yang lebih jimat. – AFP