Pengembangan eksport dorong ekonomi Jerman

Pengembangan eksport dorong ekonomi Jerman

FRANKFURT, 12 Ogos – Pertambahan eksport dan penggunaan domestik mendorong ekonomi Jerman, yang terbesar di Eropah, bertumbuh lebih pesat daripada dijangka di antara April dan Jun, data awal menunjukkan hari ini.

Dengan pertambahan 0.4 peratus, keluaran dalam negara kasar (KDNK) bertumbuh lebih perlahan berbanding 0.7 peratus pada suku sebelumnya, kata satu kenyataan daripada pejabat statistik persekutuan Destatis.

Ia adalah tinjauan penganalisis yang dua kali lebih pesat daripada yang diramalkan oleh Factset.

“Berbanding dengan suku sebelumnya, dorongan positif datang daripada lebihan dagangan. Anggaran awal menunjukkan eksport bertambah berbanding suku pertama 2016,” kata ahli statistik itu. “Perbelanjaan penggunaan persendirian dan perbelanjaan penggunaan kerajaan juga merangsang pertumbuhan,” tambah kenyataan.

Gambar fail pada 25 September 2014 menunjukkan orang ramai berkumpul di salah sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka pada 25 September 2014 di Berlin. Pengembangan eksport dan penggunaan domestik mendorong ekonomi Jerman – ekonomi Eropah terbesar - untuk berkembang sedikit lebih cepat daripada yang dijangkakan antara April dan Jun. – AFP
Gambar fail pada 25 September 2014 menunjukkan orang ramai berkumpul di salah sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka pada 25 September 2014 di Berlin. Pengembangan eksport dan penggunaan domestik mendorong ekonomi Jerman – ekonomi Eropah terbesar – untuk berkembang sedikit lebih cepat daripada yang dijangkakan antara April dan Jun. – AFP

Berbanding dengan tempoh yang sama pada 2015, ekonomi menunjukkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus – “lebih kukuh daripada mana-mana masa dalam tempoh lima tahun lalu,” kata Destatis.

Namun terdapat beberapa faktor lebih lemah dalam gambaran keseluruhan.

“Pertumbuhan terjejas oleh pelaburan lemah, terutamanya dalam kilang dan pembinaan, di mana kurang dilaburkan selepas suku pertama yang kukuh,” kata ahli statistik. – AFP