Pengembangan lapangan terbang Heathrow ditangguhkan

Pengembangan lapangan terbang Heathrow ditangguhkan

LONDON, 11 Dis (AFP) – Kerajaan Britain berpaling arah hari ini selepas dicap ‘pengecut’ kerana menangguhkan lagi keputusan untuk mencari tempat bagi membina landasan baru yang sangat diperlukan oleh London.

Kerajaan mengatakan hari ini ia akan menangguhkan keputusan itu sehingga sekurang-kurangnya pertengahan 2016 untuk menilai impak persekitaran ke atas kemungkinan pengembangan pada London Heathrow, lapangan terbang paling sibuk Eropah.

Syarikat perniagaan telah melobi bagi landasan ketiga di Heathrow, satu langkah yang ditentang keras oleh kumpulan pencinta alam sekitar dan penggubal perundangan di kawasan kediaman barat London.

Perdana Menteri David Cameron telah berjanji akan memberitahu keputusannya sebelum Tahun Baru.

Setiausaha Pengangkutan, Patrick McLoughlin hari ini enggan untuk mengetepikan penangguhan seterusnya dengan memilih antara landasan ketiga di Heathrow, mengembangkan landasan pada masa ini atau membina yang kedua di Lapangan Terbang London Gatwick.

Gambar fail yang diambil pada 10 Oktober, menunjukkan para pembangkang menentang cadangan pengembangan Lapangan Terbang Heathrow dalam satu perhimpunan di Medan Parlimen London. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 10 Oktober, menunjukkan para pembangkang menentang cadangan pengembangan Lapangan Terbang Heathrow dalam satu perhimpunan di Medan Parlimen London. – AFP

Kerajaan telah membuat ‘beberapa langkah penting’ ke hadapan dengan menerima kes bagi mengembangkan kapasiti lapangan terbang di tenggara England, ujarnya kepada radio BBC.

“Kami sudah maklum bahawa yang kapasiti lapangan terbang tambahan adalah diperlukan dan kami akan membuat keputusan ke atasnya kemungkinan pada musim panas tahun depan,” yang akan ‘masih lagi membolehkan kami untuk mendapatkan kapasiti tambahan yang diperlukan menjelang 2030.”

McLoughlin menekankan bahawa kesemua pilihan ‘masih lagi dibincangkan’.

Heathrow mengendalikan kira-kira 73.4 juta penumpang pada 2014 dan menghubungkan ke 185 buah destinasi di 84 buah negara.

Ia kehilangan gelarannya sebagai lapangan terbang paling sibuk di dunia bagi trafik penumpang antarabangsa kepada Dubai pada tahun lepas, sementara Turki merancang pengembangan kapasiti lapangan terbang besar-besaran di Istanbul.