Pengembaraan penyiasatan penuh debaran

Pengembaraan penyiasatan penuh debaran

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

SEORANG pembunuh berantai menggila demi keseronokan membunuh dan seorang detektif ingin membalas dendam.

Apabila satu mayat seorang gadis remaja ditemui terbiar di sebuah bangunan makmal, ia telah disahkan sebagai kejadian culik yang mengundang maut tanpa sengaja.

Namun bagi Detektif Kay Hunter, kes itu sangat meragukan lebih-lebih lagi dengan penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui bersama wang tebusan di sisinya.

Kini terdapatnya mangsa kedua, mimpi ngeri Kay menjadi kenyataan, meskipun dia mungkin kehilangan pekerjaanya dia berazam untuk memburu si pembunuh sebelum dia mendapatkan mangsanya yang seterusnya. Bagi si pembunuh, ia hanyalah sebuah permainan, dan segala-galanya hanyalah permulaan.

Novel Scared to Death karya Rachel Amphlett adalah sebuah novel thriller yang mempunyai perkembangan plot yang laju dan buku pertama bagi siri Detective Kay Hunter.

Seorang detektif yang mempunyai sejarah silam yang terpendam dan masa depan yang tidak pasti.

Bagi peminat-peminat novel penyiasatan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel yang penuh debaran ini.